Total Pageviews

Video Panduan eBay
Video Panduan Lelong
Pakej Automatic eBay Powerseller

Friday, October 28, 2011

Gemuk vs Peluh

Ada orang kata dia selesa menjadi gemuk. Anda perlu kata balik kepadanya “Kau Tipu”
Tiada sesiapa yang suka dikatakan Gemuk di dunia ini kecuali suku kaum nomad di Afrika. Suku kaum itu suka kepada kegemukan.

Belum masanya untuk menerima Hakikat

Terasa benci apabila kawan-kawan anda mula mengejek dan memerli kerana bentuk badan anda. Adoiii, malunya rasa.. nak menyorok di belakang pintu tak muat pula. Apa boleh buat, terima sajalah hakikat yang anda itu GEMUK.
Eh.. ehh.. jangan terima hakikat itu lagi kerana

Masa untuk berubah

Saya ingin bertanya kepada anda, sejak bila anda menghadapi masalah Obesiti ataupun masalah berat badan berlebihan?
20 tahun? 10 tahun? Ataupun baru je 1 tahun (mungkin kerana anda baru berkahwin)

Tidak terlambat lagi sahabatku,

Obesiti atau Berat Badan Berlebihan. Di manakah Anda?

Fakta dan statistik menyatakan bahawa Penduduk Malaysia sememangnya mengalami masalah kegemukan 3G (Gebu, Gempal dan Gemuk). Ia disokong oleh apa yang diucapkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Liow Tiong Lai kepada BERNAMA pada tahun 2010 :

 “30% penduduk Malaysia mengalami masalah Obesiti manakala 30% lagi mengalami masalah berat badan berlebihan”.

Persoalannya ialah : Anda di mana?